Wednesday, March 13, 2013

Siapa tahu niat tu apa?

السلام عليكم

Kadang-kadang kita lalai dari niat kita yang sebenarnya. Sebab iman kita ni ada pasang surutnya.
Semua kawan-kawan kata "jom la tajdid niat" setiap hari. Tapi hati ni selalu sibuk kata suka hati aku la nak buat apa. Janganla nerd sangat. Tahu lah aku nak hidup macam mana. Bila dah `jatuh` baru tahu nak mengadu,menangis. Alaaa. Biasala tu manusia. Papepun. Mari layan hadis ni dulu.

"Innamal a'maaloo bin niyyaat, wa innamaa likullim ri'im maa nawaa.
Fa man kaanat hijratuhu ilAllahi wa Rasoolihi fahijratuhu ilAllahi wa Rasoolihi.
Wa man kaanat hijratuhu liDunya yuseebuhaa aw imra'atin yankihuhaa fahijratuhu ilaa maa haajara ilayh."

Faham dok ayat ni? tu la. Orang suruh belajar lari kelas. Meh fahamkan.

“Sesungguhnya setiap amalan harus disertai dengan niat. Setiap orang hanya akan mendapatkan balasan tergantung pada niatnya. Barangsiapa yang hijrah karena cinta kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya akan sampai kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya karena menginginkan perkara dunia atau karena wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya (hanya) mendapatkan apa yang dia inginkan.” (HR. Bukhari)

Nak hafal? eyh lagi senang nak hafal. Dengar la lagu dia.




Sunday, March 3, 2013

Sape suka ponteng?

السلام عليكم

Yahooooo! shhhhh. Hari ni ponteng kelas kejap. Hew hew.
Tunggu tremco lama sangat. Tremco tu macam van kat Malaysia je. Tapi memang murah. Tapi kalau dah hari-hari kene naik tremco. Habis la juga duit. ok lah. Nak buat kerja kejap. Bosan je sebenarnya. haha. Best tahu tak ponteng. Rugi sape-sape yang tak pernah ponteng. Hilang kemanisan ponteng dekat situ. hew hew. Jangan selalu sudah. Tapi pandai-pandai koranglah nak `catch up` balik apa yang profesor ajar. OK guys?


Friday, January 4, 2013

:)

السلام عليكم

Hari ni hari Jumaat. Seperti biasa,hari ni cuti bagi budak-budak Dentistry. Memang Heaven la untuk tidur. Semalam ahli bait aku. Ehhh. Nak biasakan guna Ana la kat sini. Boleh tak? muahaha. Dulu Ana dengar perkataan ni pon macammmm geli plus macam budak Budget arab je. Tapi takpe. Semua manusia ada pandangan mereka tersendiri.Ok back to our story,kebanyakan ahli bait Ana sedang tidur tadi,ye la kan,semalam dorang study plus ada tengok movie la,tapi ada je sekarang ni tengah study,musim examkan. Ana ni memang species yang tidur awal dan bangun awal macam lepas isyak je tidur dan bangun pukul 1am ke.Boleh solat Tahajud plus solat Hajat kan kan kan? Tapi malang,semalam tak bangun-bangun tahajud. Hew hew.Ye pon ana tak suka study bising-bising sangat. Tapi kadang-kadang tu boleh je,ada orang suka belajar dalam suasana bising dan senyapkan? Its up to yourself. Nak dicertikan kat sini. Lepas subuh. Ana dah abis revise bacaan surah-surah yang kena hafal untuk exam. "juzuk amma je pon", budak-budak Tahfiz boleh la cerita. Ana ni mana la tahfiz,tapi ana anggap je benda ni cabaran. Ana suka cabaran insya-Allah. Lepastu,Ana tengok semua tidur lagi kan. Macam takde sapa je yang nak masakkan rini. Sebab selalunya ada orang masakkan sebab hari ni memang untuk sesiapa yang nak masak,dalam jadual masak, jumaat bagi siapa yang nak buat pahala,kami beri laluan. sebenarnya nak cerita resipi je yang Aini bagi pagi tadi,resipi untuk buat sambal or kuah dia. Disebabkan ana dah lama tak masak hari jumaat,ana masak la tadi. Tapi tadi ana guna cili hidup,so warna sambal dia tak pekat sangat. Ok tengok bawah sekarang :)

Bahan-bahan :-
Bawang besar-2
Cili kering or cili hidup-4
Ikan bilis-1 genggam
Asam jawa
Gula
Garam
Minyak secukup tengok :)

Cara-Cara:-
1) Potong bawang besar
2)Potong cili hidup semua tadi
3)Kisarkan (Blend) bawang satu setengah atau 1.5 dengan cili hidup tadi,campur dengan segenggam ikan bilis
4)Tumiskan bahan tumis tadi yang sudah di kisar tadi,masukkan setengah bawang yang dah dipotong tadi atau 0.5. Pastikan Minyak dah panas dan minyak tu tahu-tahu la kan banyak mana
5)Lepas dah tumis,masukkan asam jawa tadi. Tapi asam jawa tu letak dalam cawan,bubuh air satu cawan,kacau-kacau dan tuangkan ke dalam kuah tadi.
6)Dah lama sikit,masukkan Gula dan garam. Gula dalam 3 sudu. Garam dalam 2 sudu ke. Secukup rasa
7)Siap :)

Cara masak nasi lemak lagi senang,ni cara ana la,ok tengok bawah,korang kena ada bahan dia:-
Nasi,santan serbuk or santan apa-apa,halia,serai

Cara-cara:-
1)Dah basuh beras apa semua dah siap-siap macam nak masak nasi biasa,tapi ingat,kurangkan air sikit
2)Masukkan halia,serai. Halia potong biasa je. Serai bengkokkan dia dan masukkan
3)Santan serbuk tu letakkan dalam cawan dan campur dengan air suam atau panas. Kacau-kacau dan masukkan.
4)Siaaaaaappppppp

Guna minyak masak semalam. Saving saving saving :)

Sambal,tapi warna dia tak pekat sebab cili hidup

Nasi lemak yang terlebih santan

Ni la nasi lemak yang ana masak. Muahaha. Hiasan jew -_-`

p/s : Kalau nak sedap lagi,goreng ayam,telur mata kerbau,ikan bilis,telu rebus,kacang,timun. Perghghhhhhhghghghghghghghghgh! sedap wokk!

Thanks kepada Aini yang sanggup kongsi resipi walaupun tengah study. Hew hew :)